Monday, June 30, 2008Bismillah,Assalamualaikum warahmatullah..Semoga kita semua masih dipelihara iman dan diperturunkan hidayah serta rahmat dariNya dalam kehidupan seharian,Allahumma amin. Setelah anda tahu bagaimana hendak mengira zakat pendapatan, sudahkah anda menunaikannya? bagaimana dengan zakat pendapatan bagi tahun@ tahun-tahun lepas? Di mana anda menunaikannya? * Dapatkan mana-mana kaunter di Lembaga Zakat dalam negeri masing-masing bagi memudahkan pengagihan zakat anda kepada yang memerlukan. * Selain itu juga, jika berminat, anda boleh menunaikan zakat secara online dengan menggunakan perbankan internet di https://zakatsel.com.my/fpx2/index.asp?id=email. Antara kelebihan pembayaran secara online ialah mudah, selamat, menjimatkan masa dan boleh dilakukan 24 jam sehari. Berikut adalah bank-bank yang terlibat bagi kemudahan pembayaran secara online : - Bank Islam - Maybank2u - CIMB - RHB - PBB Bagaimana pula dengan pembayaran zakat melalui potongan gaji?Skim potongan gaji atau Skim Berkat juga merupakan salah satu cara pembayaran zakat yang dilakukan secara bulanan.Skim ini amat mudah dan kebanyakkannya diminati oleh majikan dan juga umat islam. Memandangkan jadualnya agak spesifik,dicadangkan layarilah http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/jadual_terperinci.htm Sekiranya anda berminat membuat potongan gaji bagi bayaran zakat pendapatan, anda bolehlah berhubung dengan pegawai Sumber Manusia di tempat anda bekerja. Sekian,wassalam. posted by khaulah al-azwa on 4:43 PM
|