Monday, October 09, 2006Kuliah dah hampir 3mgu dibuka.kali ni tak mcm sem lepas.skrg semua ustaz ada.so kelas pun full.jika nak ikutkan penat tu memamng penat la.tapi perjuangan tetap perlu diteruskan.rasa nak beli kitab pun terlintas juga kat hati ni tp biarlah dulu.ada rezeki nanti boleh la dapatkan.yg penting ana perlu hadiri kelas walaupun sedikit kepenatan.sudah lumrah seorang penuntut ilmu katakan.penat lelah perlu jua ditangkas.Ramadhan pula hadir bersama.sedar tak sedar kini ia kian berlalu dgn saat berharganya.dah 16 hari ummat islam seluruh dunia mengimarahkan bulan yg dimuliakan olehNya ini dgn pelbagai amal kebajikan dan meningkatkan ibadah pada Rabbul Karim.mustahil bagi kita semua membiarkan saat penting ini berlalu begitu sahaja tanpa dihiasi amalan kebaikan yg mampu menjadi pengikat diri utk terus bersamaNya.begitu jualah ana.walaupun 5 hari dalam seminggu perlu memerah keringat berjalan selama 40 minit utk ke kuliah namun ana tetap menjadikan ianya sebagai motivasi pada diri utk teruskan perjuangan yg masih belum selesai dan takkan selesai selagi hayat dikandung badan.sesekali tu mengeluh juga bila penat tu tp bila difikirkan kembali rasa tak patutnya la ana sebagai penuntut ilmu dibumi Allah ini bersikap sebegitu.mengeluh bermakna menyesali apa yg yg terjadi.sepatutnya ana bersyukur kerana peluang utk menatahkan ketabahan dalam mencari ilmu terus dihulur buat diri.lantas itu ana rasakan diri ana lah yg bertuah kerana masih lagi mempunyai peluang utk itu.terus hati kecil ini memanjatkan kata syukur pada yg maha Pemberi.seperti sem lepas juga,permulaan kuliah disulam bersama kenikmat beribadah dibulan barakah.jadi kena la kuatkan semangat.itu pun dikira satu peluang utk meningkatkan amal dibulan yg penuh kerahmatan ilahi. Ramadhan yg hadir kali ini juga masih lagi berbaki.walaupun sudah separuh dari barakahnya berlalu meninggalkan ummat namun jgnlah disia2kan kesempatan yg tinggal.hargailah peluang seadanya.itulah pesan ana pada diri.selalu mencari kata2 peransang utk menaikkan semangat diri kerana tiada penasihat yg terbaik buat kita selain diri sendiri.hanya diri sendiri yg mampu membawa perubahan dalam kamus kehidupan seseorang walau sebanyak mana sekalipun tokokan nasihat dari insan sekeliling.bila sendiri tu fikirkan juga macamanalah ana nak hadapi masalah dgn pembelajaran ni....buntu seketika.dikesempatan yg ada ana gunakan utk melatih diri supaya bersabar dengan ujian Allah Subhanallah Taala.yg penting terus dan tingkatkan usaha utk berjaya.semua yg direncanakan bagi setiap kehidupan seseorang hambanya pasti diselitkan hikmah yg tiada siapa mengerti dimana dan bagaimanakah ia.hanya Dia yg maha mengetahui akan segalanya.tatkala itu jua hati kecil makin sayu bila ramadhan kian pergi.tetap pergi mengikut aturan waktunya walau tanpa rela.sedangkan diri masih lagi disini.masih lagi di daerah gersang dgn ilmu dan amal kebajikan.terfikir adakah diri akan berpeluang utk menghiasi peluang yg hadir.hadirnya disambut mulia perginya tanpa rela.namun begitulah ketetapan ilahi buat hamba2Nya.hargailah peluang dan kesempatan yg masih berbaki walaupun kita sendiri tidak pasti adakah ianya masih milik kita selepas ini.moga kehadiran Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan dgn sebaiknya.hiasilah peluang menuntut ilmu di rantau org setabah najihin..itulah pesan ana pada diri dan juga sahabat semua.bittaufiq maannajah min ana...salamah. posted by khaulah al-azwa on 4:09 AM
|