Friday, June 23, 2006Alhamdulillah..segala puji hanya untuk Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih lagi dinaungi lembayung kerahmatan ILahi dalam bermujahadah dimusafir perjuangan.luangi waktu sejenak buat seketika....cuba kita renungkan peninggalan jejak semalam.apakah kita telah melupuskan takisan noda laknatullah semalam dari kamus hidup kita??Bila merenung kembali pastinya keresahan hati mendambakan keampunan ilahi.dambaan keampunan agar debu2 dosa semalam yg ditinggalkan tanpa kikisan air mata keinsafan dilemau dari kamus catatan amal sang pencatit setia.bila menyedari diri kian terpinggir dari keredhaan Allah Subhanallah Ta'ala dengan selantas itu jualah kita sebolehnya menaut hati bersama jiwa yg pasrah pada al-khaliq mencari pundi utama keredhaan yang menghilang dek rentetan kesilapan semalam. Namun kasih ILahi tiada bertepi.demi hamba yang dicintai dan dikasihiNya seruan doa yang diulit air mata keinsafan dalam erti kata taubat seorang hamba dari kesilapan semalam diasingkan dari catatan kemungkaran.malah ditabur kasih sayangNya yang Agung pada insan yang menadah tangan mengharapkan keredhaan Allah Subhanallah Ta'ala dalam kamus kehidupannya..disaat amalnya diterima,maka berbahagialah sang hamba yang sebelum itu kehausan kasih ILahi yang kian ditatapi sekian lamanya.Ya Rabbana,alangkah indahnya keredhaanMu..betapa berharganya nilai taubat sebuah ketaqwaan yang Engkau hulurkan pada insan yang lemah mengharapkan lindungan dariMu ya Karim.sungguh,kasih Allah Ta'ala tiada ternilai.namun memilikinya bukanlah suatu yang mustahil buat kita semua.bila langkah tersasar dari landasan keluhuran ajaran Al-Quran maka segeralah kita memohon keampunan dari Allah Ta'al agar keredhaan ILahi tiada lupusnya buat kita insan yang dhaif lagi lemah disisiNya.. KasihNya begitu indah dan tiada ternilai buat kita.bagi yang sudah menemuinya,bersyukurlah kerana bukan semua hambaNya terpilih untuk mendapat cintaNya....berpeganglah pada tali Allah walau apa jua keputusan yang dibuat demi sebuah kehidupan yang realiti dan dilindungi dengan pertolongan Allah Subhanallah Ta'ala.kasihkan Allah janjiNya PASti... wassalam. posted by khaulah al-azwa on 10:25 PM
Monday, June 19, 2006lDalam menghiasi kata-kata perlunya bahasa yang lembut dan bisa menyentuh jiwa seseorang yang mendengar luahan bicara kita.keluhan yang membawa keresahan menjanjikan suatu kemungkinan dikala buntunya akal dari jalan penyelesaian..namun sebutir manik kejujuran perlu ku pertahankan demi jalinan kebahagiaan teman seperjuangan di medan alam ini.dengan berbekalkan Segenggam Tabah dari peristiwa semalam,langkah diatur untuk menuntut harga kemanisan iman.BERTALI ARUS DUGAAN TIBA MENAKUNG SEBAK AIR MATA NAMUN TAK PERNAH PUN SETITIS GUGUR BERDERAI DIPIPI TIDAK DITEMPAH HIDUP SENGSARA SURATAN NASIB YANG MELANDA MENONGKAH BADAI BERGELORA DIREDAH BERSENDIRIAN...... BAGAIKAN CAMAR PULANG SENJA PATAH SAYAPNYA TETAP TERBANG JUA SEKADAR SECICIP REZEKI BUAT YANG SEDANG RINDU MENANTI SEGENGGAM TABAH DIPERTAHANKAN BUAT BEKALAN DIPERJALANAN KAU UBAT LUKA YANG BERDARAH KAU BALUT HATI YANG CALAR TELAH TERTULIS SURATAN NASIBMU DERITA BUATMU ADA HIKMAHNYA TERLUKIS SENYUM DIBIBIR LESU TAK SIAPA TAHU HATIMU BIAR PUN KERUH AIR DIHULU MUNGKINKAN JERNIH DIMUARA BIAR PUN JENUH HIDUP DIPALU PASTI BERTEMU TENANGNYA (copy dari in-team...)...... pastikan hari2 yg berlalu pergi dengan kedamaian yg bisa membingkiskan kenangan indah untuk dipahatkan dihati bersama sekilas memori semalam... mengejar suatu yg belum pasti akan menjadi milik kita bukanlah suatu usaha yg sia2 bila kita tahu apa yg kita inginkan dalam merealisasikan impian yg dicita bersama segunung harapan.. bila hati merindui kalimah AgungNya,pasti diselitkan secebis ketenangan bersama sebuah kesabaran jua ketabahan dalam perjuangan terasing.selamat berjuang buat teman sekalian.... wassalam. posted by khaulah al-azwa on 6:31 AM
Friday, June 16, 2006Janganlah sia-siakan sedetik waktu untuk bersama insan yang disayangi kerana peluang itu bukan semua yang mampu memiliki.sekilas pandang membuatkan hati sayu bila perpisahan bertamu dicelah kemanisan ukhuwwah terjalin.langkah terhenti sejenak.lidah kelu untuk terus menutur bicara riang.hanya imbasan kenangan ketika bersama mereka yang sama-sama mengendong satu hasrat yang satu sahaja mampu ku damba.mendambakan harapan agar hati kecilnya mengerti dan sebolehnya bijak dalam menabir hidup dengan setekad keputusan yang diambil.walau kemana jua kita melangkah mengejar sesuatu cita-cita dalam hidup sementara ini namun janganlah sesekali kita terlangkah ke satu arah yang gusar dengan segala kemusykilan.memang perlu untuk kita mencabar diri sendiri melangkah ke satu situasi yang mampu menyumbangkan pengalaman dan yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup.akan tetapi dalam suatu masa yang sama nilailah juga keadaan sekeliling kita.sebetulnya memang kita mampu untuk ke mana jua mengikut langkah yang diatur kerana RahmatNya ada dimana-mana saja,namun sejenak perlulah difikirkan dan dijadikan ikhtibar dari pengalaman kebanyakkan insan sekeliling kita yang lebih terdahulu mengecapi pengalaman hidup dan mempunyai satu pengajaran yang boleh dikongsi bersama.Dengan bertatahkan keyakinan sememangnya mampu membuatkan kita terangkat ke suatu daerah yang lebih mencabar dan proaktif.begitu juga berbekalkan keimanan dan ketaqwaan pada Rabbul Jalil,mampu untuk dijadikan pendorong dan semangat dalam melangkau ke suatu langkah.walau terlantar dipersimpangan,janganlah sesekali goyah dek rentetan alunan kepalsuan syaitan makluk laknatullah.....yang hadir itu hanyalah sementara.jika kita bersedia untuk menghadapi suatu kemungkinan di depan hari maka sebolehtabahnya biarlah redha dengan rencana ILahi..tiada apa yang terjadi terhadap makluk ciptaanNya tanpa disusuli hikmah samada di awalan ataupun akhirnya.biarkan segalanya terus dinaung Allah Subhanallah waTaala dengan kudrat teragung.bila suatu perpisahan itu membungkam jiwa sang hamba,siapa tahu disitu terselitnya hikmah yang dikhaskan untuk insan yang tabah dengan dugaanNya..yakinlah yang redha Allah tetap milik kita jika kita sabar dan tawakkal dengan sesuatu yang dinoktahkan untuk kita..sebaiknya cubalah pulihkan keadaan yang sedia diluangi dan hiasilah laman itu dengan keindahan jalinan ukhuwwah dan tautan kasih sayang bersama sulaman jihadillah yang berkobar dijiwa antara satu sama lainnya.insyaALLAH....harga sebuah pengorbanan pastinya akan terbayar dengan satu tautan mahabbah wa rahmah fisabilillah.tidak semua jalan yang terbentang dihadapan perlu kita rebut walaupun ianya suatu yang bermanfat kerana adakalanya langkah itu bisa merobekkan hati sang pejuang yang lain disisi.tangisilah waktu nan sedetik cuma selagi ianya segar dilembah kasih bersama. salam ukhuwwah fillah..... posted by khaulah al-azwa on 4:04 PM
Wednesday, June 14, 2006Bila malam kian menjelma, hati hamba bertaut melabuhkan kecintaannya pada Sang khalid.... Harapanku jua begitu..... setiap kali malam berlabuh menutup tirai senja, hatiku terdetik buat seketika.. mengharapkan malam itu menjadi milikku, untuk bersamaNya dalam munajat hati seorang hamba. menabir kilauan nan sementara demi merebut cinta Yang Esa pemilik alam semesta. disaat itu jua aku berharap peluang seperti itu terus menjadi milikku demi jalinan kasih antara hamba bersama penciptanya kekal dilayuri lembayung keinsafan.. Pemilik hati kecil kian ketakutan dek buaian dosa kelmarin... menghapuskannya bukanlah suatu yg mudah, walaupun ianya bukanlah mustahil. hanya pengharapan bagi diri sikerdil, bersama menghitung rahmatNya untuk meleraikan titik noktah bagi debu2 dosa bergantikan untaian manik2 keinsafan yang disaluti dengan jiwa kehambaan pada Rabbul Karim... moga hadirnya malam itu mampu dihiasi sesempurna mungkin demi kasihmu Ya ILahi.... semprnakanlah malam yang ku inginkan itu cukuplah walau untuk secuit waktu cuma namun hanya RedhaMu yang ku harapkan... dalam dambaan cinta terAgung.. posted by khaulah al-azwa on 5:36 PM
|