Saturday, June 14, 2008Bismillahirrahmanirrahim..Adakah anda mengetahui Jenis Zakat yang Wajib ke atas diri anda? Semoga artikel perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengira zakat pendapatan.insyaAllah,amin. Di dalam Surah al-Baqarah ayat 267, Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu." Terdapat 2 cara yang sering digunakan bagi membuat perkiraan zakat pendapatan. Cara 1 Gaji bulanan x 12 Bulan x 2.5% = zakat pendapatan yang wajip dibayar. Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah 2.5% x RM 24,000 iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu bulan ialah RM 50. Cara 2 Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang), caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji. Bagi membuat kiraan zakat pendapatan Cara 2, sila layari kalkulator zakat pendapatan di http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp. posted by khaulah al-azwa on 12:31 PM
|