Thursday, April 03, 2008

"Selamat Hari Lahir..."
ku bisikkan kalimah syukur dilunak hati gersang tatkala jiwa berbalut hiba bila terbayangkan kenangan serta membayangi detik2 ibu melahirkan.walaupun tidak mampu mengingati apatah lagi menghayati saat genting ibu berpadu tenaga sendiri memerah kudrat semata-mata untuk melahirkan seorang insan yang padanya adalah seorang anak pada kelahiran kedua bagi ibu tatkala itu namun sudah cukup dengan iktibar dari segala perkara yang telah dipertontonkan dari lembaran sejarah seorang ibu melahirkan sang anaknya.
sungguh,aku terharu dengan tarikh keramat ini.saban waktu tika hadirnya saat ini,tiada apa yang ku pohon selain secebis Doa bisu yang bertakhta di hati buat ibu dan ayahku tercinta. ya,kerana tanpa mereka siapalah aku sekarang..
ku biasakan diri untuk memberi dari meminta..segala keikhlasan itu ku hadiahkan buat mereka,lebih2 lagi bonda.ku pinta padamu ya Rabbi,jadikan sujud dalam solat hajat dan syukurku sbg tanda rasa kehambaan yang sentiasa hidup dalam jiwa kecintaan serta bernafaskan luhur keredhaanMu.
Pengalaman lepas semasa menelefon untuk mengucapkalungkan bingkisan "Terima Kasih ibu,Terima Kasih Duhai Ayah" masih segar dibenak fikiran,membuatkanku serik untuk mengulangi sejarah.kali ini biarlah Allah sahaja yang menghembuskan bingkisan itu dihati ibu dan ayah tersayang..
Terima kasih Ibu..Terima Kasih Duhai Ayah..ku kan sentiasa bersama kalian dalam apa jua perkara.Doakan sentiasa anakmu ini berakhirkan syahid fisabilillah sbg wanita dan anak solehah yang diiringi keredhaan ayah dan ibu,walau tidak sbg suri kpd seorang mujahid.Syukran Ya Ilahi untuk sedari awal hingga kini.
sehari 3 april 2008.. hmm..suasana diceriakan dengan menyibukkan diri di dapur bagi menyediakan juadah untuk makan malam.kali ini saja buat grand skit.dah lama tak berkumpul sesama ahli bait.Alhamdulillah,dengan berjuadahkan; Nasi Impit & Satay Burger Daging Bubur Jagung vs Sagu Agar-agar Kek Coklat(kek birthday girl masak sendiri bak kata ahli bait) Buah2an dan air.. ahli bait dan 7 tetamu di kalangan adik2 disandang kekenyangan dengan beratapkan langit yang diasapi bara api disutuh rumah kami.
majlis sengaja diadakan bagi 2 dalam 1.celebrate besday n kelantanian.segala persiapan dibantu oleh sahabat handai sendiri bagi meringankan beban kerana pada sebelah paginya kami disekang dengan muraqobah maqasid syariah.syukran sodiqati..
(Rasa ntah apa2 ntah,tp xpe la..just memory) KASIHKAN IBU CERMIN-CERMINAN SAYANGKAN AYAH TILIK-TILIKKAN RINDUKAN RASULULLAH OBORKAN SELAWAT CINTAKAN ALLAH BERPEGANGTEGUHKAN SYARIAT
posted by khaulah al-azwa on 6:57 AM
|