Sunday, March 16, 2008

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullah..
Lama tak update blog ni,dah bersarang labah-labah punya sarang.hari ni rasa nak catit sedikit rutin harian dan yang kelmarinnya.
14/03/08(jumaat)
Tepat jam 2 ptg,saya dan seorang sahabat lagi(yg kena tadrib sekali)menuruni anak tangga berbatik untuk ke muassasah attaufik.bukan jauh pun dari rumah,jalan 5 minit je dah sampai.ini kali ke 4 kami berdua tadrib(praktikal mengajar).semakin hari semakin bersemangat pula nak jumpa anak2 murid yg semuanya berbangsa arab tu.dorg semua comel-comel walaupun sedikit nakal.tp tak kisah la,budak2 katakan.
Masuk kelas pertama ok lagi..sesi pembelajaran dan pengajaran dimulakan seperti biasa.dan kami pun juga macam hari2 sblm ni,duduk belakang dan perhatikan cara pengajaran dan amati bentuk pembelajaran diorang. setiap kelas selama 40-45 minit.so lps tu,kami keluar dan terus ke kelas kedua.kelas kedua ni anak muridnya lebih umur skit dari tadi,maknanya lebih besar la.dalam lingukungan 7-8 tahun.
Sesi kedua,teacher suruh mula duduk depan.antara kami berdua,saya yang kena keluar ke depan.cuak!tapi try je buat selamba,pastu terus tulis hari,tarikh dan mukorro...kali ni kena melukis untuk mengenal anggota badan.nasib baik dalam english.tapinya,still tak blh mula la.langsung tak prepair sblm tu sbb dah bgthu teacher nak mula ngaja 1@2 mgu depan.teacher ni,saje nak buat org cuak la.apapun,Alhamdulillah..lebih berani la sikit dari sebelum ni.moga selepas ini pun Allah permudahkan cara can interaksi disepanjang sesi pembelajaran berlangsung.insyaAllah..
15/3/08(sabtu)
Dah lepas satu paper utk trial exam.madah maqasid aqidah dan syariah islamiah.rentetan dari muroqobah mustamiroh pada minggu lepas bagi madah fiqh maqarun..dua-dua madah ni ustaz yang sama sebab tu la dua2 madah periksa awal.mybe sebab ust nak bermusafir awal kot untuk cuti musim panas yg akan datang ni.macam biasa la.rasa macam kali ni lebih singkat masanya.kalau kat universiti yg senegara ni masih bermuqaddimah pada mukorro tapi kat universiti saya dah mula muroqobah.penatnya kan.tp ok je pun..insyAllah,sayakuna bikher.kena lebihkan usaha lagi nih.manfaatkan masa yang bersisa skrg sebelum diakhiri dan berakhir.
16/03/08(ahad)
Hari ni pulak saje ponteng tution.tak larat sangat.malam semalamnya tidur lewat pagi.nak tahu sebab apa?pikirkan masalah umat la.hehe..xde pun..saje duduk2.pikirkan masa depan,teringat kat mak ayah sekeluarga dan orang2 kampung dan byk lagi la..kat ayam itik skali.
kat bandar saya ni bersuhu 18 darjah celcius.boleh tahanlah panasnya,tapi anginnya meleset bahang ais ke badan.sejuk..
sambil-sambil ke hulu ke hilir dalam villa ni,ada la terbaca satu artikel pasal tips bagaimana nak jadi jutawan daripada Al-Quran.hmm,menarik juga tajuk tu.dalam agama kita tak pernah menolak usaha untuk memperbanyakkan harta kekayaan,asalkan tidak lari dari landasan yg digarispandukan islam.tapi tu la,kebanyakkan ramai yg terkandas di persimpangan.ada satu hadith yang maksudnya;
Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1] Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.
sumber;
http://st-gallery.com/index.php?option=com_content&task=view&id=212&Itemid=36
posted by khaulah al-azwa on 7:57 AM