Friday, February 01, 2008

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah,setelah sekian lama(hampir setahun) ku biarkan kamar ini membisu kerana terlalu banyak perkara yang ku rasa dapatku jadikan alasan kenapa tidak post entri untuk santapan depan hari,akhirnya dapat juga ku ukirkan dgn lakaran pena maya.ku ingin bercerita tentang sahabat.perihal kenangan dalam tika bersahabat..
ya,sahabat yang mana kita selalu mengharapkan dia sentiasa bersama kita tika gembira mahupun dalam duka.walau bagaimana dan apa cara sekalipun biarlah sentiasa serasi bersama.lumrah lukisan alam yang cerah tak semestinya panas dan mendung tak selalunya hujan.tika dalam genapan waktu itu,binalah tugu bersemikan kasih sayang yang boleh meledakkan keegoan sesama sendiri.asasnya hanya keikhlasan.dengan keikhlasan,segala langkah yang diatur bisa menjadi bukti dan semangat keteguhan dalam suatu persahabatan.adakah keikhlasan dapat dibeli hatta dengan air mata?oh tidak..nilai persahabatan terlalu mahal untuk dilabelhargakan dengan air mata.apatah lagi dengan wang ringgit yang hanya merabuni mata semata.
segala nostalgia dan coretan kenangan menjadi saksi persahabatan bersama insan yang digelar sahabat.walau bersahabat sudah jauh untuk dijalankaki bersama,walau tangan sudah tak mampu lagi berpaut seraya langkah diatur ke hadapan namun ingatlah wahai sahabat,kenangan yang kita bina dan ukirkan bersama tetap tersemat kukuh di lipatan hati.takkan dan jangan biarkan kenangan itu musnah dek hati yang kecewa.jangan marakkan api kebencian yang bisa membakar daging hati.cubalah pelihara kenangan itu bersama.kau dan aku tetap sama,itulah hakikatnya.sama dan saling menyayangi persahabatan anugerah Allah ini...
usah rantaikan hati yang punah dengan kalungan permata kerana itu sebenarnya satu pembaziran masa.usah tertipu dengan edaran masa yang setiap detiknya berlalu tanpa roda.sebaliknya carilah jalan,kurniakanlah hati dengan sebuah ketenangan.binalah sebuah jambatan agar kita dapat meniti bersama walau hanya untuk sekali sahaja lagi sebelum kita bertemu dengan nafas yang terakhir,kerana bila tiba saat itu akal tak mampu lagi membina acuan.kata maaf belum pasti terungkap.walau bingkisan keinsafan sudah berpanasan dihati namun belum tentu dapat dizahiri jika tanpa adunan doa kemaafan...kau aku dan dia.moga sentiasa setia bersama dalam persahabatan ini.percayalah dengan kerendahan hati yang kita terlalu cintakan perhubungan yg terbina diantara kita ini.kita cinta kerana ianya adalah satu anugerah.tidak semua insan yang dikasihiNya dengan ujian bertamu.
maka dgn itu jadikanlah bingkisan kenangan semalam sebagai pencetus semangat kebangkitan di hari ini demi membuka pintu kebahagiaan di masa hadapan.bajai dengan ketaqwaan dan pandulah dengan pancuan iman yang akhirnya mengotakan impian kemenangan dengan titipan doa dalam beramal.ku masih dan pasti akan selamanya menyayangimu wahai teman yang ku nobatkan sahabat dihatiku.terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku walaupun hanya untuk seketika.biarlah kasih kita hanya dinilaian Allah.kerana itu hakNya untuk menilai kita..
sekian..
posted by khaulah al-azwa on 12:31 PM