Friday, June 16, 2006Janganlah sia-siakan sedetik waktu untuk bersama insan yang disayangi kerana peluang itu bukan semua yang mampu memiliki.sekilas pandang membuatkan hati sayu bila perpisahan bertamu dicelah kemanisan ukhuwwah terjalin.langkah terhenti sejenak.lidah kelu untuk terus menutur bicara riang.hanya imbasan kenangan ketika bersama mereka yang sama-sama mengendong satu hasrat yang satu sahaja mampu ku damba.mendambakan harapan agar hati kecilnya mengerti dan sebolehnya bijak dalam menabir hidup dengan setekad keputusan yang diambil.walau kemana jua kita melangkah mengejar sesuatu cita-cita dalam hidup sementara ini namun janganlah sesekali kita terlangkah ke satu arah yang gusar dengan segala kemusykilan.memang perlu untuk kita mencabar diri sendiri melangkah ke satu situasi yang mampu menyumbangkan pengalaman dan yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup.akan tetapi dalam suatu masa yang sama nilailah juga keadaan sekeliling kita.sebetulnya memang kita mampu untuk ke mana jua mengikut langkah yang diatur kerana RahmatNya ada dimana-mana saja,namun sejenak perlulah difikirkan dan dijadikan ikhtibar dari pengalaman kebanyakkan insan sekeliling kita yang lebih terdahulu mengecapi pengalaman hidup dan mempunyai satu pengajaran yang boleh dikongsi bersama.Dengan bertatahkan keyakinan sememangnya mampu membuatkan kita terangkat ke suatu daerah yang lebih mencabar dan proaktif.begitu juga berbekalkan keimanan dan ketaqwaan pada Rabbul Jalil,mampu untuk dijadikan pendorong dan semangat dalam melangkau ke suatu langkah.walau terlantar dipersimpangan,janganlah sesekali goyah dek rentetan alunan kepalsuan syaitan makluk laknatullah.....yang hadir itu hanyalah sementara.jika kita bersedia untuk menghadapi suatu kemungkinan di depan hari maka sebolehtabahnya biarlah redha dengan rencana ILahi..tiada apa yang terjadi terhadap makluk ciptaanNya tanpa disusuli hikmah samada di awalan ataupun akhirnya.biarkan segalanya terus dinaung Allah Subhanallah waTaala dengan kudrat teragung.bila suatu perpisahan itu membungkam jiwa sang hamba,siapa tahu disitu terselitnya hikmah yang dikhaskan untuk insan yang tabah dengan dugaanNya..yakinlah yang redha Allah tetap milik kita jika kita sabar dan tawakkal dengan sesuatu yang dinoktahkan untuk kita..sebaiknya cubalah pulihkan keadaan yang sedia diluangi dan hiasilah laman itu dengan keindahan jalinan ukhuwwah dan tautan kasih sayang bersama sulaman jihadillah yang berkobar dijiwa antara satu sama lainnya.insyaALLAH....harga sebuah pengorbanan pastinya akan terbayar dengan satu tautan mahabbah wa rahmah fisabilillah.tidak semua jalan yang terbentang dihadapan perlu kita rebut walaupun ianya suatu yang bermanfat kerana adakalanya langkah itu bisa merobekkan hati sang pejuang yang lain disisi.tangisilah waktu nan sedetik cuma selagi ianya segar dilembah kasih bersama. salam ukhuwwah fillah..... posted by khaulah al-azwa on 4:04 PM
|