Friday, June 23, 2006Alhamdulillah..segala puji hanya untuk Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih lagi dinaungi lembayung kerahmatan ILahi dalam bermujahadah dimusafir perjuangan.luangi waktu sejenak buat seketika....cuba kita renungkan peninggalan jejak semalam.apakah kita telah melupuskan takisan noda laknatullah semalam dari kamus hidup kita??Bila merenung kembali pastinya keresahan hati mendambakan keampunan ilahi.dambaan keampunan agar debu2 dosa semalam yg ditinggalkan tanpa kikisan air mata keinsafan dilemau dari kamus catatan amal sang pencatit setia.bila menyedari diri kian terpinggir dari keredhaan Allah Subhanallah Ta'ala dengan selantas itu jualah kita sebolehnya menaut hati bersama jiwa yg pasrah pada al-khaliq mencari pundi utama keredhaan yang menghilang dek rentetan kesilapan semalam. Namun kasih ILahi tiada bertepi.demi hamba yang dicintai dan dikasihiNya seruan doa yang diulit air mata keinsafan dalam erti kata taubat seorang hamba dari kesilapan semalam diasingkan dari catatan kemungkaran.malah ditabur kasih sayangNya yang Agung pada insan yang menadah tangan mengharapkan keredhaan Allah Subhanallah Ta'ala dalam kamus kehidupannya..disaat amalnya diterima,maka berbahagialah sang hamba yang sebelum itu kehausan kasih ILahi yang kian ditatapi sekian lamanya.Ya Rabbana,alangkah indahnya keredhaanMu..betapa berharganya nilai taubat sebuah ketaqwaan yang Engkau hulurkan pada insan yang lemah mengharapkan lindungan dariMu ya Karim.sungguh,kasih Allah Ta'ala tiada ternilai.namun memilikinya bukanlah suatu yang mustahil buat kita semua.bila langkah tersasar dari landasan keluhuran ajaran Al-Quran maka segeralah kita memohon keampunan dari Allah Ta'al agar keredhaan ILahi tiada lupusnya buat kita insan yang dhaif lagi lemah disisiNya.. KasihNya begitu indah dan tiada ternilai buat kita.bagi yang sudah menemuinya,bersyukurlah kerana bukan semua hambaNya terpilih untuk mendapat cintaNya....berpeganglah pada tali Allah walau apa jua keputusan yang dibuat demi sebuah kehidupan yang realiti dan dilindungi dengan pertolongan Allah Subhanallah Ta'ala.kasihkan Allah janjiNya PASti... wassalam. posted by khaulah al-azwa on 10:25 PM
|