<-BiCaRa HamBa->~BLOG TITLE~
~IsLaM SaTu CaRa HiDuP~
SriKandi Islam

click for full size







SeDetik Kian BerLaLu




++PeNa SaHaBaT++

-Helwi Morocco
-
Nur IdAyu
-
Khadijah KhaLilah
-
Nurul Anisah
-
Ainaa Mardhiah
-
Nur Aisah
-
Shahirah Nadiah
-
Nur Hanisah
-
Nur Hafizah
-
Nur Adilah
-
Syed Fadhlullah
-
Muhd Afiq
-
Mohd Fikri
-
Syeikh Mustaqim
-
Muhd Ikram Hakim
-
Andalusia
-
CairoStudent
-
FaisalTehrani
-
GaleriNiaga


++BiCaRa ILmiAh++

-
HaRaKah
-
Al-Ahkam
-
IslamOnline
-
Ulama'
-
BicaraSufi
-
Hikmah
-
Oncf
-
Utusan Malaysia
-
Berita Harian
-
Lembaran Ukhwah
-
Nasyid
-
Nasyid
-
iluvislam
-
Saiful Islam
-
Kem Latihan Menulis
-
KaryawanLuarNegara
-
Taman ILmu Islam
-
AmalWilayah
-
Blogsome
-
ITtutor
-
LeosLyrics
-
Ahmadiyya
-
Maxol
-
QuranFlash
-
IslamPort
-
Jewar
-
FuqahqTujuh

++STAFF++

-
Gmail
-
Gmail
-Hotmail
-yahoo


++ARCHIVES++

June 2006 July 2006 August 2006 October 2006 December 2006 February 2007 February 2008 March 2008 April 2008 June 2008 August 2008

~MeLiRik DaMai~


Shoutul amaL

~TinTa BiCaRa~


Free shoutbox @ ShoutMix


~JoM SoLaT~





free hit counter
hit counter
ShoutMix

Saturday, August 02, 2008

Bismilahirrahmanirrahim~

Satu malam, saya ada terima msg forward dari seorang kawan dari fs bertajuk jenis2 setan.pada isinya menceritakan kelakuan syaitan2.walaupun saya tidak dapat mengsahihkan sejauh mana kebenaran artikel forward ini tapi saya mahu tetap positif, ambil khernya untuk ditauladan dan muhim perlu jadikan sempadan!

1. Zalituun
> Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
> Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
> Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
> terhadap Allah.

3. A'awan
> Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
> Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
> tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
> Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
> berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada
> minuman keras).

5. Murrah
> Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
> lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
> Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
> umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
> Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
> ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga
> (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,
> isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
> bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
> Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
> berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
> Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Moga menjadi peringatan--

posted by khaulah al-azwa on 7:42 PM

Monday, June 30, 2008

Bismillah,Assalamualaikum warahmatullah..

Semoga kita semua masih dipelihara iman dan diperturunkan hidayah serta rahmat dariNya dalam kehidupan seharian,Allahumma amin.

Setelah anda tahu bagaimana hendak mengira zakat pendapatan, sudahkah anda menunaikannya? bagaimana dengan zakat pendapatan bagi tahun@ tahun-tahun lepas? Di mana anda menunaikannya?

* Dapatkan mana-mana kaunter di Lembaga Zakat dalam negeri masing-masing bagi memudahkan pengagihan zakat anda kepada yang memerlukan.

* Selain itu juga, jika berminat, anda boleh menunaikan zakat secara online dengan menggunakan perbankan internet di https://zakatsel.com.my/fpx2/index.asp?id=email.

Antara kelebihan pembayaran secara online ialah mudah, selamat, menjimatkan masa dan boleh dilakukan 24 jam sehari.
Berikut adalah bank-bank yang terlibat bagi kemudahan pembayaran secara online :

- Bank Islam
- Maybank2u
- CIMB
- RHB
- PBB

Bagaimana pula dengan pembayaran zakat melalui potongan gaji?Skim potongan gaji atau Skim Berkat juga merupakan salah satu cara pembayaran zakat yang dilakukan secara bulanan.Skim ini amat mudah dan kebanyakkannya diminati oleh majikan dan juga umat islam.

Memandangkan jadualnya agak spesifik,dicadangkan layarilah http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/jadual_terperinci.htm
Sekiranya anda berminat membuat potongan gaji bagi bayaran zakat pendapatan, anda bolehlah berhubung dengan pegawai Sumber Manusia di tempat anda bekerja.

Sekian,wassalam.

posted by khaulah al-azwa on 4:43 PM

Saturday, June 14, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..
Adakah anda mengetahui Jenis Zakat yang Wajib ke atas diri anda?
Semoga artikel perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengira zakat pendapatan.insyaAllah,amin.


Di dalam Surah al-Baqarah ayat 267, Allah berfirman

"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada
hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami
keluarkan dari bumi untuk kamu."

Terdapat 2 cara
yang sering digunakan bagi membuat perkiraan zakat pendapatan.


Cara 1
Gaji bulanan x 12 Bulan x 2.5% = zakat pendapatan yang wajip
dibayar.
Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda
ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah
2.5% x RM 24,000 iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu
bulan ialah RM 50.

Cara 2
Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri
sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang),
caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji.

Bagi membuat kiraan zakat pendapatan Cara 2, sila layari kalkulator
zakat pendapatan di
http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp.

posted by khaulah al-azwa on 12:31 PM

Thursday, April 17, 2008



SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI.... ..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Yang penting kamu bahagia dengan apa yang kamu putuskan dan baginya kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'


15] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


16] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang DILUAR RASIONAL seperti mengejutkan kamu di tengah malam dengan miscall atau mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


17] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang mengingatimu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


18] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu.


19.Jika kamu melihat handphone-nya maka nama kamu yang menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


20] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya sendiri.


21] Jika suatu saat kamu teringat akan dia dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


22] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakannya kerana bukan semua insan yang bertuah memilikinya ]


##kita tak mampu mengubah sejarah permulaan tetapi ketahuilah yang pengakhirannya masih bersisa untuk kita isikan noktah kebaikan##

kadang-kala kita tak mampu membina tapi cukuplah sekadar memelihara~~moga pemeliharaan itu dinilai dan dipelihara oleh Allah dgn izinNya..




posted by khaulah al-azwa on 7:48 AM

Friday, April 11, 2008




antar tips berguna dan sesuai untuk disantapi semua golongan pembaca..
sama2lah hayati fadhilatnya.

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

posted by khaulah al-azwa on 7:18 PM

Tuesday, April 08, 2008




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahamtullah.
hari ini selesailah sudah program "Spring Intellectual Village" kali ke-4 sesi 2008.
Program ini berlangsung selama 3 hari dari 6 hingga 8 april 2008 bertempat di rumah Ed-Den Afgane dengan bertemankan to build versatile generation ...insyaAllah.


TENTATIF PROGRAM
SPRING INTELLECTUAL VILLAGE (SIV4) 2008

MASA \ TARIKH
6 APRIL 2008
AHAD
7 APRIL 2008
ISNIN
8 APRIL 2008
SELASA
BAJU BATIK
3.30 6.00 PG –
6.00 –8.00 PG


Qiamullai
Recal
solat subuh
solat subuh
tazkirah
6.00 –8.00 PG

Khidmat diri


Khidmat diri

8.30 – 10.30 PG


Sesi Perasmian
-Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
-Bacaan ayat-ayat suci al-Quran
-Ucapan Pengarah Program
-Ucapan Presiden PMMM 2007/2008
-Taklimat

Slot Kelima
PANDAI TAK SAYA






Slot ke-10
Persembahan kumpulan

10.30–12.30 TGH
Slot Pertama
Slot Kemahiran BahasaArab
oleh :
saudara Zul Mus'ad Abdul Hamid

Slot Keenam
Bersama Chef (L)
&
Saya Mekanik
Lampu dan Paip (P)




Slot ke-11
FORUM
‘To Build Versatile Generation’

12.30– 2.00 PTG
Solat Zohor
Makan tengahari

Solat Zohor
Makan tengahari


Solat Zohor
Makan tengahari

2.00 – 4.30 PTG
Slot Kedua
Bengkel Siber.net(1)
oleh:
saudara mohamad Nur Ubaidillah Abdul Ghani

Slot Ketujuh
Ceramah Motivasi Peperiksaan


Slot Penutup
-Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
-Ucapan Pengarah Program
-Ucapan Presiden PMMM 2007/2008
-ucapan duta
-Penyerahan sijil dan hadiah
-Persembahan
4.30 – 6.30 PTG
Solat Asar

Slot Ketiga
LDK 1
Perbincgn Kump
Solat Asar

Slot Kelapan
LDK 2
Projek Kami


Ulang tayang video perjalanan sepanjang program
&
Pengumuman pemenang Sayembara,penyampaian hadiah
serta
deklamasi puisi
6.30 – 8.30 MLM
Makan
Solat Maghrib, tazkirah
&Solat Isya'’

Makan
Solat Maghrib, tazkirah
&Solat Isya’



8.30 – 10.30 MLM
Slot Keempat
Bengkel Siber.net (2)
oleh:
saudara Fakrul Arrazi Misni

Slot Ke-9
LDK 3




Jika diteliti dari tentatif program kali ini,banyak slot2 menarik dan semuanya bermanfaat.seronok!walaupun penat.itulah jawapan setiap kali saya bertanya pada adik-adik peserta.Alhamdulillah,itulah hadaf kami.walaupun berprogram dan dalam tempoh pentarbiahan tetapi santai dan serba boleh.

LDK 1;perbincangan kumpulan
LDK 2;perbincangan untuk 'projek kami'
LDK 3;perbincangan dan persiapan untuk persembahan kumpulan

PROJEK KAMI : diraih oleh kumpulan 4.
PANDAI TAK SAYA(Explorace) : dijuarai oleh pasukan dari kumpulan 5.
PERSEMBAHAN : dimenangi oleh kumpulan 2.

keputusan akhir,bagi keseluruhan..
tempat pertama ; kumpulan 4.
tempat kedua ; kumpulan 3.
tempat ketiga ; kumpulan 5.

untuk makluman,ketiga2 kumpulan di atas masing2 dianggotai oleh akhowat atau juga mahasiswi.manakala mahasiswa masing2 di tempat keempat dan kelima.walau bagaimanapun,mereka tetp tidak pulang dengan kecewa kerana dibagi bawa pulang hamper bernilai ...dirham dan pakej percutian souq qadim Rabat.Tahniah buat semua peserta..:)

semoga mahasiswa/i yang bakal bangkit untuk pmmm kali ini berversatile dan berdaya saing..insyaAllah.mudah-mudahannya begitulah.
wallahu a3lam bissowab.

yang benar tak salah,
Ajk unit dakwah,rohani dan kebajikan
prog siv4 '08...

posted by khaulah al-azwa on 8:44 AM

Thursday, April 03, 2008





"Selamat Hari Lahir..."

ku bisikkan kalimah syukur dilunak hati gersang tatkala jiwa berbalut hiba bila terbayangkan kenangan serta membayangi detik2 ibu melahirkan.walaupun tidak mampu mengingati apatah lagi menghayati saat genting ibu berpadu tenaga sendiri memerah kudrat semata-mata untuk melahirkan seorang insan yang padanya adalah seorang anak pada kelahiran kedua bagi ibu tatkala itu namun sudah cukup dengan iktibar dari segala perkara yang telah dipertontonkan dari lembaran sejarah seorang ibu melahirkan sang anaknya.

sungguh,aku terharu dengan tarikh keramat ini.saban waktu tika hadirnya saat ini,tiada apa yang ku pohon selain secebis Doa bisu yang bertakhta di hati buat ibu dan ayahku tercinta.
ya,kerana tanpa mereka siapalah aku sekarang..

ku biasakan diri untuk memberi dari meminta..segala keikhlasan itu ku hadiahkan buat mereka,lebih2 lagi bonda.ku pinta padamu ya Rabbi,jadikan sujud dalam solat hajat dan syukurku sbg tanda rasa kehambaan yang sentiasa hidup dalam jiwa kecintaan serta bernafaskan luhur keredhaanMu.

Pengalaman lepas semasa menelefon untuk mengucapkalungkan bingkisan "Terima Kasih ibu,Terima Kasih Duhai Ayah" masih segar dibenak fikiran,membuatkanku serik untuk mengulangi sejarah.kali ini biarlah Allah sahaja yang menghembuskan bingkisan itu dihati ibu dan ayah tersayang..

Terima kasih Ibu..Terima Kasih Duhai Ayah..ku kan sentiasa bersama kalian dalam apa jua perkara.Doakan sentiasa anakmu ini berakhirkan syahid fisabilillah sbg wanita dan anak solehah yang diiringi keredhaan ayah dan ibu,walau tidak sbg suri kpd seorang mujahid.Syukran Ya Ilahi untuk sedari awal hingga kini.



sehari 3 april 2008..
hmm..suasana diceriakan dengan menyibukkan diri di dapur bagi menyediakan juadah untuk makan malam.kali ini saja buat grand skit.dah lama tak berkumpul sesama ahli bait.Alhamdulillah,dengan berjuadahkan;
Nasi Impit & Satay
Burger Daging
Bubur Jagung vs Sagu
Agar-agar
Kek Coklat(kek birthday girl masak sendiri bak kata ahli bait)
Buah2an dan air..
ahli bait dan 7 tetamu di kalangan adik2 disandang kekenyangan dengan beratapkan langit yang diasapi bara api disutuh rumah kami.

majlis sengaja diadakan bagi 2 dalam 1.celebrate besday n kelantanian.segala persiapan dibantu oleh sahabat handai sendiri bagi meringankan beban kerana pada sebelah paginya kami disekang dengan muraqobah maqasid syariah.syukran sodiqati..

(Rasa ntah apa2 ntah,tp xpe la..just memory)
KASIHKAN IBU CERMIN-CERMINAN
SAYANGKAN AYAH TILIK-TILIKKAN
RINDUKAN RASULULLAH OBORKAN SELAWAT
CINTAKAN ALLAH BERPEGANGTEGUHKAN SYARIAT



posted by khaulah al-azwa on 6:57 AM

Tuesday, April 01, 2008

KeNyataan..

LONDON 30 Mac 2008– Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan 'khidmatnya' melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai 'pelajar bijak dan seksi' yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan 'lelaki tua yang budiman'. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ''Sesuatu yang sungguh menyedihkan. ''

"Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal," kata bekas rakannya lagi.

Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.

Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya 'umpama dalam neraka'.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.

Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun.

Dimanakah saudara seagama sufiah ketika dia disaluti kekusutan hidup..?dimanakah kita yang mendakwa cakna berukhuwwah?
dan saya juga ketika ini hanya mampu berdoa moga sufiah disuluh hidayah seterusnya dipelihara Allah dalam redhaNya..
wAllahu a3lam.





posted by khaulah al-azwa on 1:31 AM

Thursday, March 20, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini rata-rata tempat bahkan diseluruh pelusuk dunia yang dihuni oleh umat islam menyambut maulud nabi sallallahualaihi wasallam..tak terkecuali juga kami di bumi rabat ini.Alhamdulillah.walau waktu dikekang dek kesibukan dengan kuliah+bahas+tadrib+tution+(dan sekufu dengannya) namun penghulu kami tetap mengehadkan masa untuk kami sama2 berkumpul mengimarahkan suasana saban hari 12 rabiul awal pada kali ini.

Kami dibahagikan dengan 3 kumpulan yg terdiri dari 6 orang.setiap orang dari kami wajib sertai pertandingan,samada diskusi siswa ataupun minda intelek.la budda,kena juga la sertai.diskusi siswa menjadi telahan hati bersama 2 orang sahabat sekumpulan(ainaa dan junior hamiz).dengan kekangan waktu yang terhad,kami bertukus-lumus memerah idea menguli fikrah bagi mendatakan isi penting untuk diskusi dengan sekali praktik.selebihnya tawakkal pada Allah.cuak hati bila berhadapan dengan 2 kumpulan pihak lawan...kumbang seroja dan syatharah yang masing2 kelihatan hebat.terbakar juga hati kami sekumpulan namun semangat tetap disuburkan sesama sendiri.

Program disusuli sedari jam 9 pagi,bermula dengan diskusi siswa selepas mendapat taklimat dan ucaptama dari pengarah program dan penghulu kami.kumpulan saya mendapat giliran kedua bagi diskusi siswa disusuli kumbang seroja.selepas kumpulan syatharah,tibalah masa kami.cuak lagi..xpe2,kuatkan semangat(bermonolog lagi).Alhamdulillah,akhirnya selesai juga berceloteh yang entah apa2 kat depan penonton(dah la gaya memasing ala-ala debat gitu).
setelah selesai diskusi siswa,sesi pengadil mengomen persembahan peserta..macam-macam la yang boleh disenaraikan.banyak sangat kesalahan yang tak menepati ciri-ciri diskusi.lebih-lebih lagi saya,macam baca teks pulak(memang pun).keputusan juara diskusi?tunggu..(kata pengadil).

Lepas jamuan makan tengahari dan solat,program diteruskan dengan kuiz.memang mencabar dan menguji minda keintelektualan kami sebagai pelajar!suasana bingit betul setiap kali soalan dibuka setelah dipilih oleh peserta.penonton gelabah,peserta lagi la cuak.tapi kami macam muka seposen semua.(senang sangat soalan2 yang dikeudarakan!-hanya mereka yang menyertai sahaja mengetahuinya)..pusingan demi pusingan diguli soalan,akhirnya sampai ke penghujung dek kehabisan soalan yang disediakan.Alhamdulillah..kumpulan saya mendapat tempat ke-2 dengan pungutan markah sedikit 90,ditewaskan dengan 130 markah dari kumbang seroja.
tatkala itu,saya masih juga tertanya sendiri,bila la dapat tahu result diskusi siswa tadi.hmm..takpe,tunggu je la.

Acara program disambung kembali jam 8 malam yang merupakan majlis penutup.kami diserimeriahkan lagi dengan kehadiran duta besar di maghribi bersama pegawaié kedutaan bersama isteri.sebelum ucapan perasmian penutup oleh duta,majlis diimarahkan dengan satu slot ceramah sempoi(just cakap-cakap kongsi ilmu-bak kata ustaz irdha') yang berkisar sirah Rasulullah S.A.W.setelah ceramah berakhir.tibalah masa yang dinanti2kan semua,pengumuman pemenang kategori dan keseluruhan.walau sedang didapur,cuba curi dengar.Alhamdulillah..kumpulan kami kalah tipis dengan kumbang seroja(kembang seroja kali ni).tapi kategori diskusi,kami rangkul juara.buat-buat bangga la skit,sedapkan hati.still dapat hadiah=)
Setelah selesai majlis penutup dan pembahagian hadiah,kami djamu makan malam dengan menu nasi lemak dan pelbagai juadah kuih muih yang sedapnya sampai menjilat jari.tima kasih chef.nanti jamu lagi ya..;)
semua kepenatan dalam iman..Alhamdulillah,akhirnya dapat juga realisasikan satu program ilmiah maulidur rasul kali ini.sirahnya Baginda Rasulullah saw digali dan dihayati pengorbanannya yang bertamadun.
SEKIAN...wassalam.

posted by khaulah al-azwa on 11:25 AM

Tuesday, March 18, 2008



oleh : M.S Abu Sahid (S/u UA DPPWP)

KUALA LUMPUR (Ahad) 13 MAC 2008 - â Masa tu saya dan Awie (Asmawi) nak balik kerumah lepas bermain di cyber cafe . Saya sampai rumah saya dulu, lepas tu Awie pun pulang kerumah dia. Masa dia pulang tu la dia hilang.â cerita Aminuddin kepada wakil Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Dalam keadaan adik Sharlinie Mohd Nashar yang sudah lebih 2 bulan tidak dijumpai, kini seorang lagi kanak-kanak lelaki Asmawi Jalalluddin, 11, dilaporkan hilang ketika pulang bersama rakannya dari bermain di pusat cyber cafe berhampiran dengan rumahnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sehingga hari ini, sudah empat hari Asmawi dilaporkan hilang. Menurut kakaknya Saodah, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad yang lalu sehari selepas tarikh Pilihanraya Umum ke 12. Asmawi yang pulang dari bermain di cyber cafe bersama rakannya Aminuddin, 12, didapati tidak pulang kerumah. Ketika itulah seluruh ahli keluarga Asmawi mula mencarinya disekitar kawasan perumahan mereka serta ditempat cyber cafe tersebut namun tidak menjumpai Asmawi.

Kemudian pada keesokan hari, Saodah bersama ibu dan ayahnya ke Balai Polis Brickfield bagi membuat laporan kehilangan Asmawi. Selepas itu seluruh ahli keluarga Saodah mengedarkan poster kepada orang ramai dikawasan sekitar Lembah Pantai sehinggalah semalam mereka telah pergi ke ibu pejabat TV3 di Bandar Utama bagi memohon TV3 menyiarkan berita kehilangan Asmawi.

Selepas mendapat maklumat dari berita tersebut, seramai 6 orang anggota Unit Amal DPPWP yang diketuai pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim (gambar) bersama 5 orang Unit Srikandi dari Dewan Muslimat PAS Pusat telah bergegas kerumah keluarga Asmawi malam tadi bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kehilangan Asmawi.

Setelah mendapat maklumat tersebut, Saripuddin meminta agar keluarga Asmawi bersabar diatas ujian yang dilalui dan berjanji akan cuba membantu setakat yang boleh menjalankan operasi bersama Unit Srikandi mencari sambil mengedarkan poster kepada orang ramai seperti yang telah dilakukan terhadap kes yang sama menimpa adik Sharlinie, Nurin Jazlin, Mohd Haiqal dan Yin.



- Unit Amal DPPWP ziarah keluarga adik Haiqal

http://amalwilayah. wordpress. com/2007/ 07/14/unit- amal-dppwp- ziarah-keluarga- adik-haiqal- yang-dilaporkan- hilang/

- Unit Amal DPPWP ziarah keluarga Nurin Jazlin dan menjalankan operasi mencari serta edar poster.

http://amalwilayah. wordpress. com/2007/ 08/25/unit- amal-dppwp- buat-operasi- cari-budak- hilang-lagi/

http://amalwilayah. wordpress. com/2007/ 08/24/lagi- kes-kanak- kanak-hilang/

- Unit Amal DPPWP menjalankan operasi mencari adik Sharlinie sambil mengedarkan poster.

http://amalwilayah. wordpress. com/2008/ 01/11/unit- amal-dppwp- edar-poster- adik-syarlinie/

http://amalwilayah. wordpress. com/2008/ 01/12/operasi- kedua-unit- amal-dppwp- edar-poster- syarlinie/

posted by khaulah al-azwa on 3:28 AM


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..


Sememangnya bandar Rabat adalah satu tempat yg penuh misteri dengan pelbagai kepelikkannya.tapi bila berada di situasi sebegini,tiada apa yang mustahil..lepas satu,satu...saya jumpai kepelikkan yang terkandung di dalamnya.oh rabat,kau memang sedang menangguk sabarku.tidak mengapa,kerana sabar tak perlu dibeli dengan nilaian wang ringgit.so it's ok.

Alhamdulillah,jika semalam disentak demam kura-kura tapi hari ni Allah bagi kekuatan untuk melawan segala rasa perit yang hanya mampu difahami oleh hati(biarkan!!).segala urat saraf terdemam.awal pagi dikejutkan dengan muroqobah mustamirah secara tiba-tiba.
bukan saya seorang saja yg terpana,sahabat-sahabat sepengajian lebih² lagi senegara beriak wajah tak tahu apa!selamba je ustaz buat exam tanpa sebarang clue dan pesan.dah la madah mantiq...sejenis bentuk pemikiran yang perlu diperhalusi dengan bukan khayalan atau fikrah sendiri.hmm,cuba juga la buat setakat yang termampu..natijahnya berserahkan pada rezeki yang diperuntukkan oleh Allah kepada kami.insyaAllah..najah.Allahumma amin sallimna ya Allah.


Kami sekawan diubati dengan telatah yang mencuit hati ustaz bahasa urdu.sememangnya genap pelajar sukakan ustaz selain belajar bahasa urdu yang menghiburkan hati.kali ini kami sefauj dipraktis "masdar" yang dipelajari pada minggu lepas dan "jumlah haliah istimrariyyah"..buat ayat dan kenal pasti alamat muannas dan muzakkar.selang waktu tu,kawan arab disuruh membilang dalam bahasa urdu.tak pasal² saya dengan kecut perutnya turut menghafal.takut tetiba saya pula yang kena.kenalah bersedia kan(tapi takpun,sebab saya menyorok!hehe..).

jom la menghafal sama saya;)


1 ايك (iekh)

2 دو (dhu)

3 تين (tien)

4 جار (char)-jim titik tiga

5 بانج (panhj')

6 جه (cheeh)-jim titik tiga

7 سات (saat)

8 اطه (arth)

9 نو (nu)

10 دس (dus)


Hisah kali ini saya rasa lebih terhibur dengan telatah comel ustaz.sebabnya ustaz ajar bait syair,walau macam biasa tapi kali ni dinyanyikan.wah,terasa macam berada kat india la pula.kawan saya sebelah siap terbayang duk menyanyi kat atas bukit gunung lagi tu.apa lagi,berlagak jadi rani mukerji la jap!beralunan suara cam amisha patel,berlentokkan macam tunang x jadi abshek bachan tu.sape dah,aisywara rai(cam salah eja je nih) kan?-bantai je la.
apa salahnya skali skala layan hindustan.jangan pulak salah faham,saya dengan kawan saya just bayangkan...hehe.tapi bait ni memang best walau hanya 2 rangkap.lebih-lebih lagi maksudnya.


تعريف اس خدا كى جس نى جهان بنايا

كيسى زمير بنائى كيا اّسمات بنايا


cara baca;

ta'rifu ass khudhaa ki jisne jahaa banaya

kiesi zamier banaie kiya assma banaya


maksudnya;

syukur pada Allah dengan zat penciptaanNya

yang mencipta alam semesta..


betapa cantiknya bumi(dalam penciptaan yg diciptaNya)

sebagaimana pembinaan langit dengan keluasan dan keindahannya..


camtu la lebih kurang..terpesona sungguh dengan maknanya.dari duk nyanyi lagu kuch kuch hota hai n lelainnya tu lbh baik ngapal bait yg memuji kebesaran Allah ni.kan2..

okla,saya nak tutup pen dah ni.tapi sebelum tu saya nak babai dulu la..(sambil melambaikan tangan)
sekian dahulu,wassalam.




posted by khaulah al-azwa on 1:11 AM

Sunday, March 16, 2008




Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullah..

Lama tak update blog ni,dah bersarang labah-labah punya sarang.hari ni rasa nak catit sedikit rutin harian dan yang kelmarinnya.

14/03/08(jumaat)
Tepat jam 2 ptg,saya dan seorang sahabat lagi(yg kena tadrib sekali)menuruni anak tangga berbatik untuk ke muassasah attaufik.bukan jauh pun dari rumah,jalan 5 minit je dah sampai.ini kali ke 4 kami berdua tadrib(praktikal mengajar).semakin hari semakin bersemangat pula nak jumpa anak2 murid yg semuanya berbangsa arab tu.dorg semua comel-comel walaupun sedikit nakal.tp tak kisah la,budak2 katakan.
Masuk kelas pertama ok lagi..sesi pembelajaran dan pengajaran dimulakan seperti biasa.dan kami pun juga macam hari2 sblm ni,duduk belakang dan perhatikan cara pengajaran dan amati bentuk pembelajaran diorang. setiap kelas selama 40-45 minit.so lps tu,kami keluar dan terus ke kelas kedua.kelas kedua ni anak muridnya lebih umur skit dari tadi,maknanya lebih besar la.dalam lingukungan 7-8 tahun.
Sesi kedua,teacher suruh mula duduk depan.antara kami berdua,saya yang kena keluar ke depan.cuak!tapi try je buat selamba,pastu terus tulis hari,tarikh dan mukorro...kali ni kena melukis untuk mengenal anggota badan.nasib baik dalam english.tapinya,still tak blh mula la.langsung tak prepair sblm tu sbb dah bgthu teacher nak mula ngaja 1@2 mgu depan.teacher ni,saje nak buat org cuak la.apapun,Alhamdulillah..lebih berani la sikit dari sebelum ni.moga selepas ini pun Allah permudahkan cara can interaksi disepanjang sesi pembelajaran berlangsung.insyaAllah..

15/3/08(sabtu)
Dah lepas satu paper utk trial exam.madah maqasid aqidah dan syariah islamiah.rentetan dari muroqobah mustamiroh pada minggu lepas bagi madah fiqh maqarun..dua-dua madah ni ustaz yang sama sebab tu la dua2 madah periksa awal.mybe sebab ust nak bermusafir awal kot untuk cuti musim panas yg akan datang ni.macam biasa la.rasa macam kali ni lebih singkat masanya.kalau kat universiti yg senegara ni masih bermuqaddimah pada mukorro tapi kat universiti saya dah mula muroqobah.penatnya kan.tp ok je pun..insyAllah,sayakuna bikher.kena lebihkan usaha lagi nih.manfaatkan masa yang bersisa skrg sebelum diakhiri dan berakhir.

16/03/08(ahad)
Hari ni pulak saje ponteng tution.tak larat sangat.malam semalamnya tidur lewat pagi.nak tahu sebab apa?pikirkan masalah umat la.hehe..xde pun..saje duduk2.pikirkan masa depan,teringat kat mak ayah sekeluarga dan orang2 kampung dan byk lagi la..kat ayam itik skali.
kat bandar saya ni bersuhu 18 darjah celcius.boleh tahanlah panasnya,tapi anginnya meleset bahang ais ke badan.sejuk..
sambil-sambil ke hulu ke hilir dalam villa ni,ada la terbaca satu artikel pasal tips bagaimana nak jadi jutawan daripada Al-Quran.hmm,menarik juga tajuk tu.dalam agama kita tak pernah menolak usaha untuk memperbanyakkan harta kekayaan,asalkan tidak lari dari landasan yg digarispandukan islam.tapi tu la,kebanyakkan ramai yg terkandas di persimpangan.ada satu hadith yang maksudnya;
Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.

sumber;
http://st-gallery.com/index.php?option=com_content&task=view&id=212&Itemid=36

posted by khaulah al-azwa on 7:57 AM

Sunday, March 09, 2008

Bismillahir rahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah.

ada apa dgn PRU?
apa pula yang berlaku pada PRU-12?
jom kita ikuti perkembangan mereka di...

http://harakahdaily.net/
http://tvpas.com/
http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2008

tak rugi jika kita bersama mereka dalam merealisaikan apa yang diimagiminasikan...
salam mujahadah buat sahabat semua..

posted by khaulah al-azwa on 6:22 PM

Sunday, February 03, 2008


Bismillahirrahmanirrahim...


Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah yang akan keluar bersama Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w membuat undian di kalangan kami untuk memilih siapakah yang akan turut serta ke medan perang. Tanpa diduga undi akulah yang berjaya. Lalu aku keluar bersama Rasulullah s.a.w.


Peristiwa ini berlaku selepas turunnya ayat hijab. Aku dibawa dalam Haudaj (sebuah bilik kecil untuk perempuan yang diletakkan di atas unta). Bilik inilah aku ditempatkan selama berada di sana. Setelah Rasulullah s.a.w selesai berperang, kami terus pulang. Kami berhenti rehat buat seketika di suatu tempat yang berhampiran dengan Madinah. Sebaik sahaja tiba waktu malam kami diminta supaya meneruskan perjalanan.

Pada waktu yang sama aku bangkit dan berjalan jauh dari pasukan tentera. Apabila selesai membuang air besar aku kembali ke tempat kelengkapan perjalanan. Ketika aku menyentuh dadaku mencari kalung, ternyata kalungku yang diperbuat dari manik Zafar (berasal dari Zafar, Yaman) hilang. Aku kembali lagi ke tempat tadi mencari kalungku sehingga aku ditinggalkan dalam keadaan tersebut. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan membawaku mengangkat Haudaj ke atas unta yang aku tunggangi kemudian terus pulang. Pada sangkaan mereka aku berada di dalamnya.


Saidatina Aisyah berkata: Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit makanan menyebabkan para sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta mengangkat Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis. Mereka membangkitkan unta dan terus berjalan.

Sebaik sahaja mereka bertolak aku bertemu kalung yang kehilangan tadi. Aku pergi ke tempat perhentian mereka semasa berperang, namun tidak seorang pun yang ada di sana. Lalu aku kembali ke tempat perhentianku dengan harapan mereka sedar kehilanganku dan kembali mencariku. Ketika berada di tempatku, aku terasa mengantuk dan terus tertidur.


Kebetulan Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani telah ditinggalkan oleh pasukan tentera supaya berangkat pada awal malam sehinggalah dia sampai ke tempatku pada pagi tersebut. Dalam kesamaran dia terlihat seorang manusia sedang tidur. Dia menghampiriku dan didapati aku yang tidur di situ. Dia mengenaliku kerana pernah melihat aku sebelum hijab diwajibkan kepadaku. Aku tersedar oleh ucapannya [Inalillahi wa inalilahirajiun] ketika dia mengetahui bahawa aku tidur di situ. Aku segera menutup wajahku dengan kain tudung.


Demi Allah! Dia tidak bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar kata-katanya walaupun sepatah selain ucapannya [Inalillahi wa inalilahirajiun] sehinggalah dia meminta aku menunggang untanya. Tanpa membuang masa aku terima pelawaannya dan terus naik dengan berpijak di tangannya, lalu beredar dalam keadaan dia menarik unta sehinggalah kami berjaya mendapatkan pasukan tentera yang sedang berhenti rehat kerana panas terik.


Celakalah penuduhku dan orang yang tetap dengan keangkuhannya iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Setelah sampai di Madinah, aku jatuh sakit di Madinah selama sebulan setelah ku kembali. Sementara itu orang ramai sedang menyebarkan fitnah daripada pereka cerita bohong tetapi aku sendiri tidak mengetahuinya. Aku mula resah setelah Rasulullah s.a.w kelihatan berubah malah aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah s.a.w yang biasanya aku rasakan ketika aku sakit. Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku tidak melakukan keburukan. Setelah penyakitku beransur sembuh, aku keluar bersama Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Ianya adalah tempat yang biasa kami kunjungi untuk membuang air besar dan kami hanya keluar pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah kami membina tandas berhampiran dengan rumah kami. Kamilah orang arab yang pertama membina tandas untuk bersuci. Akhirnya kami merasa terganggu dengan tandas tersebut yang di bina berhampiran dengan rumah kami.Suatu hari aku keluar bersama Ummu Mistah binti Abu Ruhmi bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf. Ibunya adalah puteri Sakhrin bin Amir ibu saudara Abu Bakar As-Siddiq r.a, anaknya bernama Mistah bin Usaasah bin Abbad bin Al-Muttalib. Setelah kami selesai buang air besar aku berjumpa dengan anak perempuan Abu Ruhmi berhampiran rumahku. Tiba-tiba Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu melatah sambil berkata: Celaka Mistah! Aku berkata kepadanya: Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid dalam peperangan Badar. Dia menjawab: Wahai Saidatina Aisyah: Tidakkah engkau mendengar apa yang dia katakan? Aku menjawab: Tidak, apakah yang dia katakan? Lantas Ummu Mistah menceritakan kepada aku tuduhan pembuat cerita bohong. Mendengar cerita itu, sakitku bertambah kuat. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w masuk menjengukku. Baginda mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Aku menjawab: Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku? Pada saat itu aku ingin kepastian tentang berita tersebut dari dua orang tuaku. Selepas mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, aku segera pulang ke rumah orang tuaku. Sebaik sahaja sampai di sana, aku bertanya ibuku: Mak, apakah cerita yang disebarkan oleh orang ramai mengenai diriku? Ibuku menjawab: Wahai anakku! Tabahkanlah hatimu! Demi Allah berapa orang sahaja wanita cantik berada di samping suami yang menyayanginya dan mempunyai beberapa orang madu tidak difitnahkan, bahkan ramai yang dilontarkan fitnah terhadapnya. Aku berkata: Maha suci Allah s.w.t! Apakah sampai begitu sekali orang ramai memfitnah ku? Aku terus menangis pada malam tersebut dan tidak lagi mampu menahan air mata. Aku tidak dapat tidur sehingga pada pagi keesokannya, aku masih lagi dalam keadaan demikian.


Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid untuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu wahyu tidak diturunkan. Usamah bin Zaid memberi pertimbangan kepada Rasulullah s.a.w tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan kemesraan Nabi terhadap mereka sambil berkata: Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma mengetahui apa yang baik. Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata: Allah tidak menyulitkan kamu malah wanita selain daripadanya masih ramai. Jika engkau bertanyakan pembantu rumah pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul. Saidatina Aisyah berkata: Lantas Rasulullah s.a.w memanggil Barirah (pembantu rumah) dan bertanya: Wahai Barirah! Apakah engkau pernah melihat sesuatu yang meragukan tentang Aisyah? Barirah menjawab: Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku melihat sesuatu padanya, nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak lebih dari seorang gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti keluarganya sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang memakannya. Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Saidatina Aisyah berkata lagi: Rasulullah s.a.w bersabda semasa berkhutbah: Wahai kaum Muslimin! Siapakah yang ingin menolongku dari orang yang sanggup melukai hati keluargaku? Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa dia seorang yang baik. Dia tidak pernah masuk berjumpa isteriku kecuali bersamaku.Lalu Saad bin Muaz Al-Ansariy bangun berkata: Aku yang akan menolongmu daripada orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku akan memenggal lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami daripada golongan Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan segala perintahmu itu. Saidatina Aisyah berkata: Mendengar kata-kata tersebut lantas Saad bin Ubadah bangun. Dia adalah penghulu golongan Khazraj, seorang yang soleh tetapi kadang-kadang dia cepat radang kerana bongkak. Dia menjawab kepada Saad bin Muaz: Engkau bohong! Demi Allah engkau tidak dapat membunuhnya dan tidak mampu untuk membunuhnya! Lalu Usaid bin Hudair sepupu Saad bin Muaz bangun menjawab kepada Saad bin Ubadah: Engkau bohong! Demi Allah, kami akan membunuhnya. Engkau seorang munafik yang membela orang-orang munafik. Maka terjadilah pertengkaran hebat antara golongan Aus dan Khazraj, sehingga mereka hampir membunuh antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w masih tetap berdiri di atas mimbar. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti menenangkan mereka sehinggalah mereka terdiam kerana melihat Rasulullah s.a.w diam.


Saidatina Aisyah berkata: Melihat keadaan itu aku menangis sepanjang hari. Air mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dapat tidur sehinggalah pada malam berikutnya. Dua ibu bapaku menganggap tangisanku itu boleh membawa kepada terbelahnya jantungku. Ketika ibu bapaku menunggu aku, seorang perempuan Ansar datang meminta izin menemuiku. Setelah aku mengizinkannya, dia terus masuk lalu duduk sambil menangis. Saidatina Aisyah berkata: Ketika itu Rasulullah s.a.w masuk memberi salam, lalu duduk bersama aku. Saidatina Aisyah berkata: Baginda tidak pernah berbuat demikian sejak berlakunya fitnah terhadapku sebulan yang lalu. Wahyu juga tidak diturunkan kepada baginda mengenai keadaanku. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w mengucapkan Dua Kalimah Syahadah ketika duduk kemudian bersabda: Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah keampunan daripada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya kerana sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti akan menerima taubatnya.Saidatina Aisyah berkata: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai bersabda, aku bertambah sedih sehingga tidak terasa air mataku menitis. Aku berkata kepada ayahku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa yang baginda katakan. Ayahku menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian aku berkata kepada ibuku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w. Ibuku juga menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s;

Yang bermaksud: Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu.


Saidatina Aisyah berkata: Kemudian aku beredar lalu berbaring di tempat tidurku. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Pada saat itu aku yakin diriku tidak bersalah dan Allah akan menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Tetapi Demi Allah! Aku tidak menyangka bahawa wahyu akan diturunkan tentang permasalahanku kerana persoalanku adalah terlalu remeh untuk difirmankan oleh Allah s.w.t. Namun begitu aku mengharapkan agar Rasulullah s.a.w melihat dalam mimpinya bahawa Allah s.w.t membersihkan aku dari fitnah itu.


Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Rasulullah s.a.w tidak beredar dari tempat duduk baginda dan tidak ada seorangpun di kalangan keluarga kami keluar. Apabila Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya, baginda kelihatan berubah. Baginda duduk membongkok sambil berpeluh bagaikan mutiara pada musim sejuk kerana beratnya menerima firman Allah s.w.t yang diturunkan kepada baginda.


Saidatina Aisyah berkata: Setelah itu Rasulullah s.a.w terus ketawa. Ucapan pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya: Bergembiralah, wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan kamu! Lalu ibuku berkata kepadaku: Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w. Aku menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat Al-Quran menyatakan kebersihanku. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat;

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu, sebanyak sepuluh ayat. Allah s.w.t menurunkan ayat-ayat tersebut yang menyatakan kebersihanku.


Saidatina Aisyah berkata: Lalu Sayidina Abu Bakar orang yang selalu memberi nafkah kepada Mistah kerana dia adalah salah seorang daripada kaum keluarga Abu Bakar dan seorang miskin berkata: Demi Allah! Aku tidak akan memberikan nafkah kepadanya lagi selepas dia memfitnahkan Saidatina Aisyah r.a. Sebagai teguran terhadap tindakan itu Allah s.w.t menurunkan ayat;

Yang bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya di antara kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga sehinggalah kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: Tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu.


Hibban bin Musa berkata: Abdullah bin Al-Mubarak menyebut: Inilah ayat yang paling aku harapkan dalam Kitab Allah. Abu Bakar berkata: Demi Allah! Memang aku inginkan keampunan Allah s.w.t. Lalu Abu Bakar kembali memberikan nafkah kepada Mistah sebagaimana biasa dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya.


Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w pernah bertanya Zainab binti Jahsyin isteri Nabi s.a.w tentang masalahku: Apakah yang engkau ketahui atau apakah pendapatmu? Zainab menjawab: Wahai Rasulullah! Aku selalu menjaga pendengaran dan penglihatanku. Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan.


Saidatina Aisyah berkata: Dialah dari kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang membanggakan aku. Allah s.w.t mengurniakan kepadanya sifat warak berbanding dengan saudara perempuannya iaitu Hamnah binti Jahsyin yang turut serta menyebarkan fitnah. Maka celakalah dia bersama orang-orang yang celaka!


(Riwayat Muslim)

posted by khaulah al-azwa on 2:55 PM

Friday, February 01, 2008


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah.


Alhamdulillah,setelah sekian lama(hampir setahun) ku biarkan kamar ini membisu kerana terlalu banyak perkara yang ku rasa dapatku jadikan alasan kenapa tidak post entri untuk santapan depan hari,akhirnya dapat juga ku ukirkan dgn lakaran pena maya.ku ingin bercerita tentang sahabat.perihal kenangan dalam tika bersahabat..

ya,sahabat yang mana kita selalu mengharapkan dia sentiasa bersama kita tika gembira mahupun dalam duka.walau bagaimana dan apa cara sekalipun biarlah sentiasa serasi bersama.lumrah lukisan alam yang cerah tak semestinya panas dan mendung tak selalunya hujan.tika dalam genapan waktu itu,binalah tugu bersemikan kasih sayang yang boleh meledakkan keegoan sesama sendiri.asasnya hanya keikhlasan.dengan keikhlasan,segala langkah yang diatur bisa menjadi bukti dan semangat keteguhan dalam suatu persahabatan.adakah keikhlasan dapat dibeli hatta dengan air mata?oh tidak..nilai persahabatan terlalu mahal untuk dilabelhargakan dengan air mata.apatah lagi dengan wang ringgit yang hanya merabuni mata semata.


segala nostalgia dan coretan kenangan menjadi saksi persahabatan bersama insan yang digelar sahabat.walau bersahabat sudah jauh untuk dijalankaki bersama,walau tangan sudah tak mampu lagi berpaut seraya langkah diatur ke hadapan namun ingatlah wahai sahabat,kenangan yang kita bina dan ukirkan bersama tetap tersemat kukuh di lipatan hati.takkan dan jangan biarkan kenangan itu musnah dek hati yang kecewa.jangan marakkan api kebencian yang bisa membakar daging hati.cubalah pelihara kenangan itu bersama.kau dan aku tetap sama,itulah hakikatnya.sama dan saling menyayangi persahabatan anugerah Allah ini...


usah rantaikan hati yang punah dengan kalungan permata kerana itu sebenarnya satu pembaziran masa.usah tertipu dengan edaran masa yang setiap detiknya berlalu tanpa roda.sebaliknya carilah jalan,kurniakanlah hati dengan sebuah ketenangan.binalah sebuah jambatan agar kita dapat meniti bersama walau hanya untuk sekali sahaja lagi sebelum kita bertemu dengan nafas yang terakhir,kerana bila tiba saat itu akal tak mampu lagi membina acuan.kata maaf belum pasti terungkap.walau bingkisan keinsafan sudah berpanasan dihati namun belum tentu dapat dizahiri jika tanpa adunan doa kemaafan...kau aku dan dia.moga sentiasa setia bersama dalam persahabatan ini.percayalah dengan kerendahan hati yang kita terlalu cintakan perhubungan yg terbina diantara kita ini.kita cinta kerana ianya adalah satu anugerah.tidak semua insan yang dikasihiNya dengan ujian bertamu.


maka dgn itu jadikanlah bingkisan kenangan semalam sebagai pencetus semangat kebangkitan di hari ini demi membuka pintu kebahagiaan di masa hadapan.bajai dengan ketaqwaan dan pandulah dengan pancuan iman yang akhirnya mengotakan impian kemenangan dengan titipan doa dalam beramal.ku masih dan pasti akan selamanya menyayangimu wahai teman yang ku nobatkan sahabat dihatiku.terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku walaupun hanya untuk seketika.biarlah kasih kita hanya dinilaian Allah.kerana itu hakNya untuk menilai kita..

sekian..


posted by khaulah al-azwa on 12:31 PM